Home iTutorial

Aplikasi WeChat

Assalamualaikum dan Hye

 
Aplikasi Wechat


    Baru baru ini satu lagi aplikasi yang menyediakan kemudahan komunikasi secara atas talian telah dilancarkan.Aplikasi tersebut diberi nama Wechat.Aplikasi ini dibangunkan oleh Tencent Inc.Wechat menyediakan paparan antara muka yang cantik serta setanding dengan aplikasi saingannya yang lain seperti Whatsapp,Viber,Skype dan lain lain.Aplikasi ini menyediakan penghantaran mesej,gambar,audio note,serta panggilan video serta beberapa keistimewaan yang lain.Aplikasi ini bersifat cross platform iaitu ia boleh dipasang di mana mana sistem operasi telefon pintar yang terpilih seperti iOS,Android,Windows Phone,Symbian dan terbaru ia mula disediakan untuk Blackberry.Dengan penyediaan pemasangan kepada banyak patform ini Wechat akan mempunyai jumlah komuniti penggunanya yang luas.

     Cukup mudah untuk menggunakan Aplikasi Wechat ini,korang hanya perlu mendaftarkan nombor telefon korang ataupun mendaftar guna facebook.Bagi yang mendaftar mengguakan nombor telefon korang akan dihantar satu mesej yang berisi kod pegaktifan yang perlu dimasukkan bagi mengaktifkan aplikasi Wechat ini.

     Banyak keistimewaan lain yang disediakan oleh Aplikasi ini ataranya ialah antara muka dan kemudahan sembang maya(chat) yang menarik dengan emoticon yang menarik serta animasi yang boleh dikongsikan sepanjang anda bersembang.Turut disediakan ialah perkongsian gambar seperti MMS selain itu korang boleh juga berkongsi lokasi korang.

aplikasi wechat


     Aplikasi ini bagaimanapun masih belum meyediakan perkhidmatan suara secara terus menerus tetapi yang disediakan hanya dalam bentuk audio note yang mana korang perlu merakam terlebih dahulu suara korang kemudian baru dihantar kepada penerima.

wechat
     Bagi yang ingin mencari kawan, korang boleh mencuba plugin Look Around dengan plugin ini korang diberikan senarai pengguna Wechat yang terdekat dengan kawasan anda

wechat

    Plugin Shake pula memberi korang kemudahan memilih teman secara rawak.Cara meggunakannya korang hanya perlu menggoncangkan telefon korang dan pada yang sama jika ada pengguna lain yang turut menggoncangkan telefon mereka maka Wechat akan mengesyorkan teman itu kepada korang.

wechat

     Wechat juga menyediakan kemudahan Moments iaitu satu kemudahan bagi korang berkongsi gambar gambar korang kepada kawan lain.Alah macam Instagram tu

wechat

      Oh tertinggal pulak satu lagi.Drift Bottle.Ianya macam penghantaran mesej secara rawak.Maknanya bukan kawan korang pon boleh baca mesej korang tu.
wechat
versi terkini wechat untuk Symbian
    Amacam Best tak Aplikasi Wechat ni? kalau best jom download dan jangan lupa add aku kalau sudi yaa.Scan ja kod QR di bawah untuk add aku hehe
pena yokiko
thanks read this entry
Like sikit jom

4 comments:

Bunda_nora said...

assalamualaikum..

Afiq said...

@BUNDA a.k.a KN Waalaikumsalam :)

Unknown said...

nampak jugak apps we chat ni tapi x berani nak try heheh

Afiq said...

@Hanida Moss hehe tak berani? kalau sy men cuba ja hoho