Ketuk Pintu


  Assalamualaikum, apa khabar semua orang orang kampung. Uhuk Uhuk ! terbatuk pulak , Oh baru tahu blog ni dah berhabuk ntah dah jadi blog hantu dah. Hari ini tuan blog dah balik selepas lama menghilang hoho pergi mana lah kan. Agak - agak pergi mana ? haaa semua tu nanti aku cerita dalam post kemudian. Biasalah kan dah lepas dunia sekolah ni sibuk sikit dah tak boleh jadi budak - budak tapi aku jadi jugak. ok jumpa lagi daaaaaa 
Like sikit jom

Ubat HomeSick

Assalamualaikum dan Hye

hilangkan + Home sick


   Kali ni aku nak kongsi sikit dengan korang semua tetang satu penyakit ni,pernah dengar 'HomeSick' ?? eh bukan rumah sakit = Hospital lah tapi penyakit rindu rumah ... baru tahu yang aku pon ada penyakit ni :3

   Semua dah tahukan sekarang musim budak-budak lepasan SPM sambung belajar ada pergi Matrik,Poli,IPTA,IPTS dan ada jugak yang sambung Pra-U.Mesti ada yang terindukan rumah bila duduk di asrama tu.Aku?? hehe entry akan datang aku cerita ke mana kah aku

   Di bawah ni ada lah sikit tips yang korang boleh buat ubat untuk penyakit korang tu .... psst aku tanya senior UiTM woo

> Rajin-rajin lah diri untuk menegur sapa dan bersembang dengan kawan sebilik.Nampak mudah tapi mungkin boleh lupakan seketika fikiran korang kepada rumah tu

> Berjalan meneroka tempat pengajian korang seperti melawat bilik rakan yang lain

> Baca buku atau komik sampai korang leka :)

> Kalau rindu sangat sangat hubungilah keluarga korang jangan pendam

> Bawak benda yang korang tak boleh lupakan dan tak boleh hidup tanpanya macam teddy bear,bantal bucuk  :3

> set ke dalam minda korang yang mulai hari ini asrama tu sudah jadi rumah ke dua korang

> cuba jadikan suasana bilik korang seronok macam selalu sembang dengan kawan sebilik

yang tu sahaja ubatnya,kalau tak menjadi jugak sabarlah peyakit ni kejap saja.Aku pon biasa jadi tapi tak sampai nangis yaa haha.
SELAMAT MAJU JAYA UNTUK SEMUA 




   
Like sikit jom