Home iTutorial
Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Aplikasi WeChat

Assalamualaikum dan Hye

 
Aplikasi Wechat


    Baru baru ini satu lagi aplikasi yang menyediakan kemudahan komunikasi secara atas talian telah dilancarkan.Aplikasi tersebut diberi nama Wechat.Aplikasi ini dibangunkan oleh Tencent Inc.Wechat menyediakan paparan antara muka yang cantik serta setanding dengan aplikasi saingannya yang lain seperti Whatsapp,Viber,Skype dan lain lain.Aplikasi ini menyediakan penghantaran mesej,gambar,audio note,serta panggilan video serta beberapa keistimewaan yang lain.Aplikasi ini bersifat cross platform iaitu ia boleh dipasang di mana mana sistem operasi telefon pintar yang terpilih seperti iOS,Android,Windows Phone,Symbian dan terbaru ia mula disediakan untuk Blackberry.Dengan penyediaan pemasangan kepada banyak patform ini Wechat akan mempunyai jumlah komuniti penggunanya yang luas.

     Cukup mudah untuk menggunakan Aplikasi Wechat ini,korang hanya perlu mendaftarkan nombor telefon korang ataupun mendaftar guna facebook.Bagi yang mendaftar mengguakan nombor telefon korang akan dihantar satu mesej yang berisi kod pegaktifan yang perlu dimasukkan bagi mengaktifkan aplikasi Wechat ini.

     Banyak keistimewaan lain yang disediakan oleh Aplikasi ini ataranya ialah antara muka dan kemudahan sembang maya(chat) yang menarik dengan emoticon yang menarik serta animasi yang boleh dikongsikan sepanjang anda bersembang.Turut disediakan ialah perkongsian gambar seperti MMS selain itu korang boleh juga berkongsi lokasi korang.

aplikasi wechat


     Aplikasi ini bagaimanapun masih belum meyediakan perkhidmatan suara secara terus menerus tetapi yang disediakan hanya dalam bentuk audio note yang mana korang perlu merakam terlebih dahulu suara korang kemudian baru dihantar kepada penerima.

wechat
     Bagi yang ingin mencari kawan, korang boleh mencuba plugin Look Around dengan plugin ini korang diberikan senarai pengguna Wechat yang terdekat dengan kawasan anda

wechat

    Plugin Shake pula memberi korang kemudahan memilih teman secara rawak.Cara meggunakannya korang hanya perlu menggoncangkan telefon korang dan pada yang sama jika ada pengguna lain yang turut menggoncangkan telefon mereka maka Wechat akan mengesyorkan teman itu kepada korang.

wechat

     Wechat juga menyediakan kemudahan Moments iaitu satu kemudahan bagi korang berkongsi gambar gambar korang kepada kawan lain.Alah macam Instagram tu

wechat

      Oh tertinggal pulak satu lagi.Drift Bottle.Ianya macam penghantaran mesej secara rawak.Maknanya bukan kawan korang pon boleh baca mesej korang tu.
wechat
versi terkini wechat untuk Symbian
    Amacam Best tak Aplikasi Wechat ni? kalau best jom download dan jangan lupa add aku kalau sudi yaa.Scan ja kod QR di bawah untuk add aku hehe
pena yokiko
thanks read this entry
Like sikit jom

MyHeppi Laman Sosial Berkonsep Islamik

Assalamualaikum dan Hye

My heppi
                 
  Korang pernah tengok logo di atas tu? kalau tak pernah mai sini aku nak cerita.Tengah aku berFacebook tadi ada seorang kawan aku post di satu group di Facebook tentang satu laman sosial yang berkonsepkan Islamik

   Aku pun yang jenis suka tertarik ni terus mengklik link yang diberikan..Wahh cantik juga laman web ni.Nak tengok ke, jom aku tunjukkan di bawah ni.Semua fungsinya macam Facebook tetapi mungkin ada sedikit yang istimewa.Kalau korang nak cuba jom pergi dekat sini  www.myheppi.com

Amacam cantik tak
        Laman web ini masih dalam versi beta ataupun versi percubaan dan menurut admin laman web tersebut MyHeppi masih dalam percubaan dan penambahbaikan akan dilakukan bagi memantapkan lagi laman sosial MyHeppi ini    
           
         Ini adalah bukti yang menunjukkan laman web ini menerapkan cara Islamik.

klik untuk zoom
     
       Jom korang semua kita pakat-pakat sokong laman web ini.Semoga ia boleh menjadi pesaing kepada laman sosial yang lain.

           
Thanks reading this entry
                                         
Like sikit jom

Review Blog : QarrJalil's

Assalamualaimum dan Hye

   Seperti yang dijanjikan Fiq akan review follower Fiq yang ke-100 hehe.Jom tengok siapa yang bertuah tu

    Dah nampak kan.Nama blog bertuah ini ialah http://www.qjartsnetwork.com.Blog ni lebih kepada hasil-hasil seni ataupun Art.Cukup cantik seni-seni yang dihasilkan oleh QarrJalil ni.

QarrJalil
Header blog
                                               
    Blog ni telah pun mencapai 1000 follower.Maknanya blog yag terkenal lah kan.Apatah lagi dengan hasil seni yag memang gempak lah.Tapi Fiq tak dapat tunjukkan hasil seninya disini kerana mungkin akan melanggar hak cipta QarrJalil.

    Apa-apa pon Fiq mencadangkan korang semua jomlah melawat blog ini banyak maklumat yag boleh korang dapat.  

     Kepada korang yang tak di review tu janganlah kecik hati sebab Fiq amat hargai korag semua sebab kalau tak kerana korang semua tak mungkin Fiq mampu berblogging  sehingga sekarang.                                                  
Like sikit jom