Home iTutorial
Showing posts with label Internet. Show all posts
Showing posts with label Internet. Show all posts

iTutor : Cara Letak Button Like di Setiap Entry

Assalamualaikum dan Hye

  Kali ni aku nak update sikit tentang cara nak letak button like untuk FB di setiap entry korang.Korang tahukan sesetengah pembaca blog korang bukanlah seorang blogger jadi susah lah untuk mereka nak tunjuk reaksi yang mereka suka entry korang

    Dengan meletakkan button like di setiap entry setidak tidak nya pembaca akan mengelike entry tersebut sebagai penghargaan dan mungkin ianya membantu dalam menaikkan traffik korang.Nak tengok contoh dia ye ok jom usya gambar di bawah ni...

letak button like di setiap entry
macam ni lah button like tu
      Ok sekarang kita terus ke tutorial pulak.Eh muka macam tak sabar dah tu hehe ok2 jom aku tunjukkan.

Login Blogger         Template   Edit HTML  'tick' Expand

Sudah ke belom? huhu ok kalau sudah sekarang tekan CTRL+F secara serentak kemudian akan timbul kotak search kecil kan.Sekarang korang cari kod ni

                                                     <b:if cond='data:post.title'>

dah jumpa kan sekarang ni paste kan kod di bawah ni bawah kod yang di atas.

<iframe allowTransparency='true' expr:src='&quot;http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=&quot; + data:post.url + &quot;&amp;layout=button_count&amp;show_faces=false&amp;width=90&amp;action=like&amp;font=arial&amp;colorscheme=light&amp;height=21&quot;' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:90px; height:21px;'/>

Preview dulu dan kalau tak ada error, save dan bergembira!! (*_*)

thanks read this entry
Like sikit jom

Aplikasi WeChat

Assalamualaikum dan Hye

 
Aplikasi Wechat


    Baru baru ini satu lagi aplikasi yang menyediakan kemudahan komunikasi secara atas talian telah dilancarkan.Aplikasi tersebut diberi nama Wechat.Aplikasi ini dibangunkan oleh Tencent Inc.Wechat menyediakan paparan antara muka yang cantik serta setanding dengan aplikasi saingannya yang lain seperti Whatsapp,Viber,Skype dan lain lain.Aplikasi ini menyediakan penghantaran mesej,gambar,audio note,serta panggilan video serta beberapa keistimewaan yang lain.Aplikasi ini bersifat cross platform iaitu ia boleh dipasang di mana mana sistem operasi telefon pintar yang terpilih seperti iOS,Android,Windows Phone,Symbian dan terbaru ia mula disediakan untuk Blackberry.Dengan penyediaan pemasangan kepada banyak patform ini Wechat akan mempunyai jumlah komuniti penggunanya yang luas.

     Cukup mudah untuk menggunakan Aplikasi Wechat ini,korang hanya perlu mendaftarkan nombor telefon korang ataupun mendaftar guna facebook.Bagi yang mendaftar mengguakan nombor telefon korang akan dihantar satu mesej yang berisi kod pegaktifan yang perlu dimasukkan bagi mengaktifkan aplikasi Wechat ini.

     Banyak keistimewaan lain yang disediakan oleh Aplikasi ini ataranya ialah antara muka dan kemudahan sembang maya(chat) yang menarik dengan emoticon yang menarik serta animasi yang boleh dikongsikan sepanjang anda bersembang.Turut disediakan ialah perkongsian gambar seperti MMS selain itu korang boleh juga berkongsi lokasi korang.

aplikasi wechat


     Aplikasi ini bagaimanapun masih belum meyediakan perkhidmatan suara secara terus menerus tetapi yang disediakan hanya dalam bentuk audio note yang mana korang perlu merakam terlebih dahulu suara korang kemudian baru dihantar kepada penerima.

wechat
     Bagi yang ingin mencari kawan, korang boleh mencuba plugin Look Around dengan plugin ini korang diberikan senarai pengguna Wechat yang terdekat dengan kawasan anda

wechat

    Plugin Shake pula memberi korang kemudahan memilih teman secara rawak.Cara meggunakannya korang hanya perlu menggoncangkan telefon korang dan pada yang sama jika ada pengguna lain yang turut menggoncangkan telefon mereka maka Wechat akan mengesyorkan teman itu kepada korang.

wechat

     Wechat juga menyediakan kemudahan Moments iaitu satu kemudahan bagi korang berkongsi gambar gambar korang kepada kawan lain.Alah macam Instagram tu

wechat

      Oh tertinggal pulak satu lagi.Drift Bottle.Ianya macam penghantaran mesej secara rawak.Maknanya bukan kawan korang pon boleh baca mesej korang tu.
wechat
versi terkini wechat untuk Symbian
    Amacam Best tak Aplikasi Wechat ni? kalau best jom download dan jangan lupa add aku kalau sudi yaa.Scan ja kod QR di bawah untuk add aku hehe
pena yokiko
thanks read this entry
Like sikit jom

MyHeppi Laman Sosial Berkonsep Islamik

Assalamualaikum dan Hye

My heppi
                 
  Korang pernah tengok logo di atas tu? kalau tak pernah mai sini aku nak cerita.Tengah aku berFacebook tadi ada seorang kawan aku post di satu group di Facebook tentang satu laman sosial yang berkonsepkan Islamik

   Aku pun yang jenis suka tertarik ni terus mengklik link yang diberikan..Wahh cantik juga laman web ni.Nak tengok ke, jom aku tunjukkan di bawah ni.Semua fungsinya macam Facebook tetapi mungkin ada sedikit yang istimewa.Kalau korang nak cuba jom pergi dekat sini  www.myheppi.com

Amacam cantik tak
        Laman web ini masih dalam versi beta ataupun versi percubaan dan menurut admin laman web tersebut MyHeppi masih dalam percubaan dan penambahbaikan akan dilakukan bagi memantapkan lagi laman sosial MyHeppi ini    
           
         Ini adalah bukti yang menunjukkan laman web ini menerapkan cara Islamik.

klik untuk zoom
     
       Jom korang semua kita pakat-pakat sokong laman web ini.Semoga ia boleh menjadi pesaing kepada laman sosial yang lain.

           
Thanks reading this entry
                                         
Like sikit jom

Format Pendrive Guna CMD

Assalamualaikum dan Hye

   Bangun pagi ... update entry hoho.Berpinar mata aku selepas scan pendrive adik aku ni bertapa banyaknya virus yang bersarang dalam pendrive dia.Cakap ja nak virus apa tupaware,trojan,horse,elephant semua ada.

    Selalunya pendrive ni jangkitan paling senang dia dekat autorun tu sebab bila korang pakai antivirus dan pendrive tu bervirus biasanya dia akan blok autorun tu dulu jadi jangan gatai-gatai nak pi klik autorun tu lah naa.Tak tahu autorun tu macam mana tengok gambar dekat bawah ni.

cara buang virus guna cmd
                                                       

  Kalau pendrive tu korang tak pasti tahap keselamatan dia better korang janganlah klik autorun tu dulu. lebih baik korang scan dahulu pendrive tu.Ok dah melalut pergi cerita pasal pendrive hehe back to the title kalau betul-betul ada virus dan korang ada masalah nak format cara biasa.Jom aku ajarkan cara format guna cmd

   Apa menda pulak cmd tu.Cmd ni macam script unuk memberi tahu Windows apa yang korang nak.Jom tengok dekat bawah..

Start > All program >  Accessories > Command Prompt

    Selepas sudah buka cmd taip kod di bawah ni.Taip betul-betul tau

 FORMAT X: /FS:FAT32 /Q /V:disk

#korang gantikan X dengan kod Pendrive korang.Pastikan kod padrive korang tu betul ! kang terformat drive yang lain pulak.Yang disk tu korang boleh ganti dengan nama yang korang nak

 
Thanks reading this entry
Like sikit jom

Review Blog : QarrJalil's

Assalamualaimum dan Hye

   Seperti yang dijanjikan Fiq akan review follower Fiq yang ke-100 hehe.Jom tengok siapa yang bertuah tu

    Dah nampak kan.Nama blog bertuah ini ialah http://www.qjartsnetwork.com.Blog ni lebih kepada hasil-hasil seni ataupun Art.Cukup cantik seni-seni yang dihasilkan oleh QarrJalil ni.

QarrJalil
Header blog
                                               
    Blog ni telah pun mencapai 1000 follower.Maknanya blog yag terkenal lah kan.Apatah lagi dengan hasil seni yag memang gempak lah.Tapi Fiq tak dapat tunjukkan hasil seninya disini kerana mungkin akan melanggar hak cipta QarrJalil.

    Apa-apa pon Fiq mencadangkan korang semua jomlah melawat blog ini banyak maklumat yag boleh korang dapat.  

     Kepada korang yang tak di review tu janganlah kecik hati sebab Fiq amat hargai korag semua sebab kalau tak kerana korang semua tak mungkin Fiq mampu berblogging  sehingga sekarang.                                                  
Like sikit jom

Apa Itu Bandwidth Limit


Assalamualaikum dan Hye

1.  Mesti korang ada mengeluh kan bila korang buka satu blog yang mungkin penting bagi korang.Tiba-tiba semasa tengah akses dia naik satu nota macam gambar di bawah

bandwidth limit exxeded
2.  Mesti tension kan.Kalau korang tension apatah lagi kalau tuan punya blog tu mesti bertambah-tambah tension sebab trafiknya boleh berkurang mendadak.Korang mesti nak tahu kan apa tu Bandwidth Limit Exeeded? jom baca di bawah ni.

   Maksud Bandwidth 

3. Bandwidth ialah kaedah yang digunakan bagi mengukur bilangan data dan maklumat yang dihantar oleh suatu laman web ataupun sesebuah jaringan dalam satu tempoh yang tertentu.

4. Bandwidth biasanya diukur dalam unit Bit/second

5. Bagi sesuatu blog pula bandwidth bermaksud jumlah data blog korang dihantar keluar oleh server ke komputer pembaca.

     Apa jadi kalau Bandwidth terlebih limit yang ditetapkan

5. Jika Bandwidth korang sudah terlebih limit maka laman web korang tidak dapat diakses lagi sehingga sampai Bandwidth korang direset semula pada bulan seterusnya atau korang memohon untuk menambah jumlah Bandwidth Limit korang

     Contoh cara kiraan Bandwidth korang 

6. Katakan blog korang saiznya 1Mb.Dalam sehari laman web korang diakses mungkin dalam 100 orang atau lebih .

7.  Jumlah data yang dihantar kepada seorang pembaca untuk mengakses blog anda ialah 1Mb jika 100 orang jumlah itu akan menjadi 100Mb bagi 100 pelawat tidak termasuk bilangan entri yang dibaca.

      Faktor Bandwidth habis

8.  Bila korang menulis post baru.Apabila korang menulis satu post baru bermakna korang telah menambah saiz blog korang.

9.  Pengunjung memberikan komen kepada entri entri korang.

10.  Bila pengunjung membaca entri entri korang.Semakin banyak pengunjung datang semakin banyak data yang dihantar keluar oleh server korang.

11.  Berlaku hotlinking ataupun kecurian bandwidth.Tak tahu apa tu hotlinking? contohnya korang copy gambar dari sebuah blog dan terus masukkan ke dalam post korang tanpa memuat turun ke PC korang dahulu korang sebenarnya telah mencuri bandwidth mereka.

sudah fahamkan korang tentang bandwidth ni.Aku sekadar berkongsi maklumat semoga bermanfaat untuk semua
                           
thanks reading

      
Like sikit jom

Kelebihan Mempunyai Domain Sendiri


Assalamualaikum dan Hye


   Mesti korang dekat luar sana ada tetanya-tanya apa yang best nya memiliki domain sendiri ni ,dah la kena bayar.Ok-ok bertenang dulu.Sekarang ini cuba korang fikir benda free tak selalunya freedom kan ada ja peraturan yang kena ikut.

     Macam tu lah juga dengan yang guna blogspot,wordpress dan sebagainya lagi termasuk Fiq sekali hohoho.Jom baca di bawah apa kelebihan korang buat domain sendiri ni.

 URL korang lebih pendek 
Blog atau website yang menggunakan domain sendiri URL mereka lebih pendek dan senang diindeks oleh Pak Cik Google.

  Pemilikan 100% ke atas blog korang
Kalau korang guna domain blogspot ataupun wordpress korang tiada hak 100% keatas blog korang.Ye lah dah menumpangkan bila-bila masa blog korang akan di ban ,deleted keraa tidak mengikut peraturan mereka.

   Lebih diminati advertiser 
Pihak Advertiser lebih megutamakan blog-blog yang menggunakan domain sendiri kerana blog ini lebih stabil.Bagi korang yang menggunakan Google AdSense rasanya lebih baik buat blog yang berdomain sendiri.

    Lebih Mesra SEO
Apa benda SEO ni? SEO ini ialah Search Engine Optimization,kiranya dengan mesranya blog korang dengan SEO ni maka Search Engine akan mudah mecari dan meletakkan blog korang pada muka surat pertama cariaan.

    Loading blog laju
-  Kebanyakan blog yang menggunakan domain sendiri ni lebih laju diakses

Terima Kasih kerana membaca kongsian ini.
Like sikit jom

Awas kod rel=canonical

Assalamualaikum dan Hye

SEO
                                                   
   Apa korag rasa kalau korang penat-penat tulis blog dan setiap entri dikarang dengan buah fikiran yang bernas tiba-tiba semua entri korang tu dilabel sebargai copied entry oleh enjin carian.Mesti korang rasa kecewa marah dan macam-macam lagi kan.

    Kali ini Fiq nak kongsi dengan korang semua tentang satu kod ni [ rel='canonical' ] nampak ringkas kan tapi kod ini menjadi tada bahawa entri korang itu original version.Disebalik kebaikan kod ini ia telah digunakan oleh penggondam untuk mencuri trafik blog orang lain.

     Bagaimana ia berfungsi 

 Jom Fiq cerita dekat korang.Blog seseorag itu akan digondam dan kemudian kod ini akan diletakkan pada HTML kod blog tersebut.Hasilnya kedudukan sesuatu blog itu dalam ranking carian akan terjejas.Ini disbabkan kod tagi telah memberitahu enjin carian alamat website yang dimasukkan ke dalam kod itu adalah alamat entri yang original.Tak faham ? jom baca situasi di bawah ni

   Sebagai contoh Si A adalah empunya satu blog iaitu http://siA.blogspot.com.Si B juga mempunyai blog yang beralamat http://siB.blogspot.com.Genre yang ditulis oleh kedua-dua blogger ini sama tetapi blog siA lebih popular kerana mesra SEO dan sebagainya.Si B tidak berpuas hati dan membuat rancangan jahat dengan menggondam blog si A  setelah berjaya dia memasukkan kod ini

                                    <link rel="canonical" href="http://siB.blogspot.com/" />
 
   Dengan adanya kod ini dalam blog si A ini, enjin carian tidak lagi memfokus kepada blog si A kerana menganggap segala entri si A ialah kepunyaa si B.Jadi blog si B akan menjadi popular blog si A yang dahulu.

  Kesimpulan dia cubalah korang cek dekat HTML kod blog korang ada tak kod macam tu kalau ada delete ja.Tapi ingat kod ini terletak sebelum kod Head sahaja dan sama seperti yang di atas kecuali alamat website tu.

 * Fiq tak bertanggungjawab kalau korang terdelete kod yang lain.Pastikan korang mem backup dahulu sebelum membuat apa-apa tindakan.
Like sikit jom

Bersoal Tanya di Ask.fm


Assalamualaikum dan Hye


ask.fm
                                         
    Mesti korang pelik kan ape tiba-tiba letak gambar yang pelik ni kan.Ok-ok sebelum tu korang tegok dulu gambar tu,widge tu ada dekat sidebar blog Fiq kan.Haa malam ni Fiq nak cerita pasal benda ni lah.

    Nama dia Ask.fm.Apa kemenda tu? sebenarnya Ask.fm ni adalah laman sosial yang berkonsepkan tanya dan jawab.Bagi korang yang sudah biasa dengan Formsping.me korang akan tahu lah macam mana laman web ini befungsi.

     Dengan laman web ini korang boleh tanya apa-apa sahaja kepada mereka yang ada akaun Ask.fm ni.Sebenarnya matlamat penubuhan laman web ni bertujuan bagi membincangkan soalan ataupun masalah yang sukar,ye lah mungkin korang tanya kawan korang tetapi gagal dapat jawapan, korang boleh cuba tanya di Ask.fm ni mungkin korang akan dapat jawapan yang korang kehendaki.

      Kalau korang yang tak ada akaun Ask.fm lagi tu jom lah buat.Cara sign up dia sama saja dengan Facebook cuma dia boleh sign up guna Twitter,Facebook dan vk.com

Kalau nak letak widget dia pulak nanti Fiq buat tutorial atau korang search Google ja.Jom tengok macam mana rupa Ask.fm ni .Jom join!  korang boleh tanya apa saja di widget dekat sidebar tu yah

                                                                       


Budak baru huhu
Like sikit jom

iOS 6 masih belum lengkap?

Assalamualaikum dan Hye
masalah iOS 6
                 

    Bagi pengguna iPad,iPod dan iPhone korang mesti sudah mengemaskini iOS korang ke versi iOS6 kan.Terbaru ramai pengguna telah mengadu banyak masalah terjadi kepada iOS versi terbaru ini.

     Walaupun Apple telah melepaskan update iOS 6.0.1 tetapi masalah yang dihadapi masih juga belum selesai.Antara masalah bug yang ketara ialah sambungan Wifi yang lemah.Pengguna mengadu sambungan peranti mereka ke Wifi sangat lemah dan mudah terputus sedangkan mereka berada dalam kawasan jaringan Wifi yang kuat.

       Setelah itu Apple telah mengeluarkan update terbaru iOS 6.0.2 dan masalah Wifi berjaya dipulihkan tetapi masalah lain pula timbul.Macam Keluar mulut singa masuk mulut naga pulak hehe.Update terbaru ini menyebabkan bateri cepat kehabisan kuasa.

        Hasil carian di forum-forum mendapati pengguna iOS 6 mengadu masalah kehabisan bateri dengan cepat dengan update terbaru ini.Kesimpulan dari aduan-aduan itu mendapati pengguna kehilangan lebih 70% kuasa bateri tapa melakukan apa-apa terhadap peranti mereka.

        Untuk korang yang menghadapi masalah ini Fiq nak kongsi sedikit tips yang Fiq dapat semasa mencari masalah ini.Jom tengok dekat bawah ni......

 1. Cubalah restart peranti anda
 2. Cubalah restore iOS korang semula menggunakan iTunes
 3. Kalau korang tak tahan dah downgrade ja ke iOS5 semula *mungkin menyalahi peraturan Apple kot

Sabar dan tunggu ja lah update terbaru dari Apple :D  dengar kata iOS 7 sedang diuji oleh Apple.Nanti Fiq cuba buat review tentang iOS 7 
Like sikit jom

Ubahsuai desktop anda dengan Rainmeter

Assalamualaikum dan Hye

Rainmeter

pernah terfikir tak desktop korang oleh jadi macam ni    

Rainmeter
rainmeterrainmeter


*klik untuk zoom
rainmeter

     cantik kan? sebenarnya semuanya dibuat menggunakan satu applikasi yang dinamakan Rainmeter.Dengan applikasi ini korang boleh ubahsuai desktop korang menjadi apayang korang imaginasikan.Aplikasi ini disediakan untuk 32-bit dan 64-bit jangan tersalah install sudah hehe
   
    Apa tunggu lagi jom cuba.Fiq pon baru nak cuba nih nanti Fiq upload gambar desktop Fiq dalam page Fb yah.Kalau korang nak download link Fiq dah sediakan dekat bawah

                  Download : Rainmeter
    Skin/Theme/Widget : DevianArt
Like sikit jom

Download Torrent File Guna Internet Browser

Assalamualaikum dan Hye

   

        Mesti ada yang antara korang ni yang kaki download ataupon kaki Torrent kan.Kita genglah!! Fiq pon kaki download dengan kaki Torrent jugak.Satu masalah yang korang hadapi bila download torrent ni kadang-kadang line dia lambat kan dan satu lagi mestilah leceh kan nak kena download aplikasi dia lagi bagi yang tak ada aplikasi torret lagi tu.
         Sekarang korang dah boleh download Torrent terus dari internet browser biasa.Nak tahu caranya?
Semuanya ada di laman web ni www.zbigz.com


Laman web ini menyedia kan perkhidmatan muat turun fail torrent tanpa melalui applikasi torrent.Caranya mudah sahaja korang hanya perlu memuat naik fail torrent yang korang dah downoad kemudian sedia untuk memuat turun fail anda . Mudah kan apakata korang cuba .

Like sikit jom