Home iTutorial

Kisah Suatu Ketika di Syurga


   Meh sini dengar Atok?? nak cerita ni.Fuhh lama tak update.Kisah ni aku petik segar dari Facebook untuk dikongsi dengan korang semua



   Suatu ketika di dalam syurga Allah S.W.T selesai mencipta Malaikat Jibrail A.S . Jibrail diciptakan Allah dengan rupa paras yang sangat cantik dengan bersamanya ada 600 pasang sayap dan ada juga pendapat lain mengatakan 124,000 sayap yang panjang dan cantik.Panjang sayap itu antara timur dan barat .

   Setelah itu Jibrail memandang dirinya sendirinya dan berkata ' wahai Tuhanku adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik dari aku ' lalu Allah berfirman yang bermaksud 'tidak' kemudian Jibrail berdiri lalu bersolat sebanyak dua rakaat sebagai tanda bersyukur kepada Allah dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,00 tahun.

    Setelah selesai Jibrail A.S bersolat,maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud ' wahai Jibail,kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh,dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu,akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia dan paling aku cintai,namaya Muhammad.Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa,sekiranya mereka mengerjakan solat dua rakaat sebentar sahaja,dan mereka dalam keadaan lupa dan serba kekurangan,fikiran mereka melayang macam-macam dan dalam keadaan berdosa.Maka demi kemuliaanKu sesungguhnya solat mereka itu lebih aku sukai dari solatmu itu kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu sedangkan engkau mengerjakan solat bukan atas perintahKu'.

      Kemudian Jibrail A.S berkata : 'Ya Tuhanku,apakah yang engkau berikan kepada mereka sebagai ganjaran ibadah mereka ?' lalu Allah menjawab dengan firmanNya ' Ya Jibrail , Aku berikan mereka syurga Ma'waa.... '

     Kemudian Jibral A.S meminta keizinan dari Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail mendapat izin dari Allah S.W.T,maka pergilah Jibrail A.S dengan mengembangkan sayap dan terbang,setiap dia mengembangkan dua sayapnya jarak perjalanan yang ditempuh ialah 3000 tahun,terbanglah Jibrail A.S selama 300 tahun sehingga dia berasa letih lalu singgah berehat di bawah sebuah pohon dan dia bersujud kepada Allah lalu bertanya ' Ya Tuhanku adakah aku telah menempuh jarak perjalanan setengahnya atau sepertigaya atau seperempatnya ?' kemudian Allah S.W.T menjawab dalam firmannya yang bermaksud ' wahai Jibrail,kalau engkau dapat terbang selama 3000 dan meskipun Aku memberikan kekuatan yang egkau miliki,lalu Engkau terbang seperti yang telah engkau lakukan ,nescaya kamu tidak akan sampai satu persepuluh dari beberapa puluh yang telah ku berikan kepada umat Muhammad terhadap ganjaran solat dua rakaat yang mereka kerjakan .... '

    Hmmm macam tu lah cerita nya,walaupun kita umat Muhammad, dikurniakan umur yang pendek tetapi ganjaran amalan mereka menyamai ataupun lebih dari umat-umat terdahulu :)  ....

 Kesimpulannya

 - Allah menyembunyikan Redha Nya dalam Taat
 - Allah menyembunyikan Murka Nya dalam Maksiat
 - Allah menyembunyikan nama namanya yang indah di dalam Al-Quran
 - Allah menyembunyikan malam teragung dalam Bulan Ramadhan

thanks read this entry

Like sikit jom