Trend Baru Cari Duit di Blog

Assalamualaikkum dan Hye


  Hari ni aku nak cerita sikit lah kan pasal trend baru di blog ni.Korang pon tahu kan dunia blog ni ada banyak trendnya.Mesti korang ingat aku nak bagi cara baru nak dapat duit melalui blog kan hehe

   Ye mungkin korang tahu cara ni tapi aku nasihatkan korang berhati hati lah yaa dengan cara ni.Tak semua orang suka dengan cara kita buat tu.

   Ok terus terang aku agak tak suka dengan cara meninggalkan link iklan yang terlindung di shoutbox aku.Contohnya macam gambar di bawah ni...
             
                           
 nampak macam banyak link blog yang singgah kan tapi kalau klik kebanyakannya link iklan.Aku tak kisah kalau korang nak masukkan link iklan tapi bagitahulah macam ' tolong klik link iklan ni kejap ' ke sekurang-kurangnya aku tahu lah yang tu link iklan .

   Kenapa kau tak suka? ok-ok aku bagitahu kenapa aku tak suka.Aku selalu jugak berblogwalking kalau bosan ataupun ada masa free dan rujukan yang utama aku adalah chatbox aku.Kalau dah semua link yang di kliknya iklan mana tak hilang mood nya.Mood blogwalking saja hilang mood lain no way haha


   Harap korang faham lah ya kalau nak letak jugak tak salah letak ja cuma bagitau lah ok... aku akan klik punya link iklan korang tu muehehe


thanks read this entry
Like sikit jom

9 comments:

Hasri Anis said...

betul tu afiq.. saya pun tak berapa gemar dgn cara sesetengah blogger yg buat camtu semata-mata nak kaut keuntungan...


sebelum tu.. saya ada tag awak kat sini. singgah lah ye :)

http://kum-pun.blogspot.com/2013/03/fd-creatives-giveaway-by-miminadam.html

Afiq said...

@Hasri Anis muehehe ha aa kan .. :) ok blogwalking ke sana

Aida the Pinky said...

betul tuh..kite ingatkan nak singgah la balik ke belog mereka last-last iklan yang keluar..nama dah cantik dah tp keluarnya lain..
terus malas nak bw..

titan said...

bagi aku, owner tu yang salah. Sape suruh letak cbox tu. Dah tahu orang akan manipulasi benda tu, janganlah letak. Kita juga yang sakit hati kan?

Afiq said...

@titan ye ke...alah sebab latak cbox tu nak bagi orang tinggalkan footprint ja pon :)

MaMa Rey said...

betul tu Afiq..rasa geram pn ada kan.

Afiq said...

@MaMa Rey ada la kdang kdang :)

Erin said...

He he.. tak pernah tinggalkan komen kat chat box. Ada comment box lagi best utk dikomen. Tinggalkan link iklan lagi payah. Nanti silap2 kena ban lagi susah.

Afiq said...

@Erin hehe ha aa kan Qye pon suka komen blog jgk