Tips Menjaga Handphone Edisi Merapu

Assalamualaikum dan Hye

  Pernah tak jadi bila bangun pagi-pagi dan sudah gosok gigi,mandi,joging apa semua da tak tau nak buat apa? Yess yang tu lah terjadi kepada aku sekarang ni agak bosan disitu.Jalan terbaik online lah dan mengacau kawan-kawan di pagi buta hoho.Yess that my habbit so paham paham lah kan kalau aku tetiba mengacau korang pagi-pagi di Facebook ke twitter dan sewilayah dengannya lah.

   Tengah seronok mengacau kawan kawan tu terbaca lah satu post ni dari satu page di facebook.Tips tentang cara mejaga handphone korang tapi yang ni edisi merapu punya haha agak kelakar lah.

   Aku rasa tips ni menarik jadi terhasillah entry ni.Kenapa aku kongsi di blog? ye nak tau ka.Ok aku sebenarnya suka simpan benda-benda yang aku rasa menarik di blog sebab kalau teringin nak cari balik benda tu aku dah tahu tempat yang aku letak.Habbit aku jugak suka letak barang merata kalau tulis di buku hee tahan seminggu ja lepastu entah kemana buku tu.Kalau simpan dalam netbook sekalipun berkecamuk jugak dengan dokumen-dokumen lain hoho,bertuah sungguh haha.

    Ok-ok korang tak sabar dah kan nak tahu jom baca di bawah ni....macam bosan ja takpe jom membosankan diri anda dengan aku

1. Elakkan menggoncang ataupun menggoyang HP korang ketika signal lemah kerana HP korang mungkin akan mual-mual dan muntah.

2. Jangan main 'game' di HP korang kerana di dunia ini tidak ada yang mahu di'permainkan' .. cuba serius dengan HP korang

3. Jangan mengecaj HP korang teralu lama kerana ia akan menyebabkan HP anda kembung/bunting dan korang harus bertanggungjawab....

4. Jangan memicit skrin ataupun keypad HP korang terlalu kuat kerana HP korang akan megalami cirit-birit

5. Cucilah HP korang sekurang kurangnya dua kali seminggu supaya terhidar dari kekotoran dan virus.

6.  Pakaikan HP korang dengan sarung yang tebal supaya HP korang berasa nyaman dan tidak masuk angin

7.  Jangan menambah nilai yang sedikit kepada HP korang kerana ia akan mejadi rendah diri,semakin mahal HP semakin bayak lah tambah nilai nya.Tapi ikut logik, HP mahal lah yang di top up sikit hehe ye dop

8.  Gunakan Facebook yang bersubsidi [ 0.facebook.com ] untuk mejimatkan kredit korang. p/s untuk digi ja

9.  Kalau korang sedang marah,lemparlah HP korang di tempat yang empuk supaya HP korag tak cedera,patah hati ataupun patah tulang belakang.

merapu dan tak senonoh haha....

thanks read this entry
Like sikit jom

9 comments:

seribupilihan said...

memang lawak la..:-)

Afiq said...

@seribupilihan hoho enjoy this...thanks ya singgah sini

Denaihati said...

berguna jugak tip2 ni...kelako tapi bermakna.

Denaihati said...

berguna jugak tip2 ni...kelako tapi bermakna.

Afiq said...

@Denaihati wahaha kira dalam lawak ada isi lah ye

selipar putih said...

patutla fon aku makin merendah diri,topap nak taknak je..haha

Afiq said...

@selipar putih wahaha terbaiklah bro

nur azian said...

terbaik punya tips ni :)

Afiq said...

@nur azian huhu btoi2