Home iTutorial

Gadget Pilihan Tahun 2012

hye

  Hari ni dah 31 Disember dah kan so kita dah ada dekat hujung-hujung dah Tahun 2012 ni.Mest banyak suka dan duka kan pengalaman yag kita semua lalui sepanjang tahun ni.Korang yang peminat gadget tu mesti nak buat review sikit kan tentang gadget-gadget yang menjadi pilihan sepanjang Tahun 2012 ni.'Meh ' sini Af nak senaraikan gadget-gadget yang menjadi pilihan sepanjang Tahun 2012.Apa yang disusun ni berdasarkan percubaan Af lah di kedai-kedai gadget.

Canon EOS 650D
- Model DSLR Canon paling latest kalau tak silap.Dengan ciri-ciri yang menarik seperti 18 Megapixel camera disertai dengan CMOS Hybrid sensor yang memudahkan anda mengesan wajah,menetapkan contras dan juga auto fokus.Selain mempunyai Skrin yang boleh disentuh skrinnya juga boleh diubah kedudukan nya.Menarik kan ...


Appe iPad mini
-Pada Tahun ini Apple.Inc telah melancarkan beberapa model baru yang akan sentiasa menjadi buruan peminat-peminat gadget ni.Antaranya seperti The New iPad,iPad mini,iPhone 5.Antara yang menarik tentulah iPad mini dengan skrin yang hanya 7.9 inci berbeza sekali dengan iPad yang lain yang mempunyai skrin yang mencapai 9.7 inci.Dilengkapi degan 5 MP iSight camera dan cip A5 'dual core' yang pastinya memberikan prestasi yang sama seperti iPad-iPad yag lain.

Samsung Galaxy Tab 2
- Dalam usaha nya menyaingi Apple,Samsung mengeluarkan model Galaxy tab terbarunya yang pastinya memberikan pengguna prestasi yang terbaik.Banyak ciri baru yang terdapat pada Samsung Galaxy Tab 2 ini
seperti lebih banyak aplikasi,All Share Play,Android 4.0 dan boleh diupgrade ke 4.1 dan juga dual core 1Ghz processor

Amazon Kindle Fire
- Dikatakan hampir pencabar iPad yang paling kuat.Kindle Fire mempunyai 'user interface' yang sangat menarik selain itu juga pihak Amazon telah menyediakan banyak sekali applikasi untuk Kindle Fire ini.Menawarkan harga yang amat murah sudah tentu ianya menjadi piihan anda.

Nokia Lumia 900
-Setelah dikatakan jatuh akhirya bangkit untuk menyaingi pesaingnya.Mempekenalkan model terbarunya Noka Lumia 920 Nokia kini bersedia ke arah satu era baru persaingan telefon pintar.Direka dengan ciri yang menarik seperti reka bentuk yang menarik,Snapdragon S4 1.5 Ghz dual core processor,Qi wireless charger,8.7 Mp camera,skrin 4.5 inci
Apple iPhone 5
- Dengan pengenalan iOS6 iaitu sistem operasi bagi iPhone dan iPad.Apple.Inc telah melancarkan model terbaru iPhone.iPhone 5 menggunakan iOS6 serta dihadirkan dengan kemudahan sambungan 4g yang pastinya memberikan pengalaman berinternet yang mengujakan kepada pengguna.iPhone 5 didatangkan dengan skrin Retina bersaz 4.0 inci yang memberikan keselesaan.Dengan kamera 8.0 Mp dan mampu merakamkan 1080p korang mesti ada alasan kenapa iPhone 5 ni mesti dimiliki.

 Samsung Galaxy Note 2
- Model terbaru Galaxy Note ni sudah tentu megujakan kan anda.Rasanya yang ini lebih memberikan pengalaman yang menarik kepada anda kerana ia didatangkan dengan ciri-ciri yang mengagumkan seperti sambungan 4g,Android 4.1(Jelly Bean),skrin 5.5 inci pastinya memberikan cabaran yang kuat kepada model pesaingnya .
Sony Xperia S
- Rasanya apa yang ditawarkan oleh Sony™ ini tak kurang hebatnya kerana model yang dikeluarkan oleh Sony mempunyai paparan grafik yang terbaik.dilengkapi dengan kamera 12.1 Mp, 1Gb ram dan skrin 4.3 inci dengan SONY BRAIVA® engine cukup membuktikan kekuasaan telefon pintar ini untuk bersaing.

Like sikit jom

No comments: