tips sentiasa gembira

    hye selamat malam,fuhh baru dpt bukak blog nie setelah lama dihantui homework yang menggunung.Mesti korang yang skolah tu seronok an sebab cuti seminggu sempene Gong Xi Fa Cai nie :-)
   ok2 panjangnya pendahuluan hehe,tadi aku blogwalking lah kejap kan tiba-tina aku terjumpa satu entri darisatu blog ni.Tertarik aku dengan petua tu jadi aku pon nak share lah kat blog nie...petua-petua nya ialah


==>dirikanlah solat lima waktu kerana solat itu membersihkan segala kegelisahan  lebih-lebih lagi kekotoran pada hati kita


==>selalulah ringankan lidah untuk berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W sekurang-kurangnya 100 kali sehari.Apabila kita berselawat ke atas nabi 1 kali Allah selawat kat kita balik 10 kali s0 bahagia lah kita kalau Allah selawat kepada kita kan


==>solat taubat setiap hari ataupun sebelum tidur kerana manusia tak kan terlepas dari kesilapan kan dan kita pun kadang-kadang tak tahu yang kita dah terbuat dosa pada hari tu jadi solat taubatlah sebelum tidur untuk memohon keampunan atas segala kesalahan yang dilakukan pada satu hari itu.


==>bacalah Al-Quran kerana Al-quran itu menenangkan hati yang sedang gundah.Jikalau sibuk sangat cukuplah dengan membaca surah Al-Ikhlas kerana kelebihannya seperti membaca satu Al-Quran itu.


==>sentiasa lah meminta maaf dan memaafkan kesalahan kerana orang yang tiada kesalah dengan manusia akan cepatlah hisabnya di hadapan Allah nanti.


==>sentiasa berfikiran posotif dan 'cucilah minda' anda sebelum tidur seperti berdoa(Ya Allah permudahkanlah semua urusanku pada esok hari).bangun lah dengan perasaan yang gembira.


==>rajin-rajinlah berpuasa kerana puasa itu dapat mengikat nafsu dari mengawal diri kita.


==>sentiasalah mengingati mati.Cuba bayangkan kalau anda hendak mencuri dan pada masa yang sama anda membayangkan yang sekejap saja lagi nyawa anda akan diambil jadikah niat anda untuk mencuri itu??.


==>kekalkan wuduk


==>sentiasalah menegur sapa kawan anda


==>jaga makanan


==>jangan menambah musuh 

Like sikit jom

No comments: