iOS 6 masih belum lengkap?

Assalamualaikum dan Hye
masalah iOS 6
                 

    Bagi pengguna iPad,iPod dan iPhone korang mesti sudah mengemaskini iOS korang ke versi iOS6 kan.Terbaru ramai pengguna telah mengadu banyak masalah terjadi kepada iOS versi terbaru ini.

     Walaupun Apple telah melepaskan update iOS 6.0.1 tetapi masalah yang dihadapi masih juga belum selesai.Antara masalah bug yang ketara ialah sambungan Wifi yang lemah.Pengguna mengadu sambungan peranti mereka ke Wifi sangat lemah dan mudah terputus sedangkan mereka berada dalam kawasan jaringan Wifi yang kuat.

       Setelah itu Apple telah mengeluarkan update terbaru iOS 6.0.2 dan masalah Wifi berjaya dipulihkan tetapi masalah lain pula timbul.Macam Keluar mulut singa masuk mulut naga pulak hehe.Update terbaru ini menyebabkan bateri cepat kehabisan kuasa.

        Hasil carian di forum-forum mendapati pengguna iOS 6 mengadu masalah kehabisan bateri dengan cepat dengan update terbaru ini.Kesimpulan dari aduan-aduan itu mendapati pengguna kehilangan lebih 70% kuasa bateri tapa melakukan apa-apa terhadap peranti mereka.

        Untuk korang yang menghadapi masalah ini Fiq nak kongsi sedikit tips yang Fiq dapat semasa mencari masalah ini.Jom tengok dekat bawah ni......

 1. Cubalah restart peranti anda
 2. Cubalah restore iOS korang semula menggunakan iTunes
 3. Kalau korang tak tahan dah downgrade ja ke iOS5 semula *mungkin menyalahi peraturan Apple kot

Sabar dan tunggu ja lah update terbaru dari Apple :D  dengar kata iOS 7 sedang diuji oleh Apple.Nanti Fiq cuba buat review tentang iOS 7 
Like sikit jom

3 comments:

MawardiYunus said...

Salamni entry untuk awak. thanks sebab sudi jadi follower saya. http://mawardiyunus.blogspot.com/2013/01/followers-mingguan-6.html

kalau sudi mohon like page ni ye :) https://www.facebook.com/IstilahMinda

Qye said...

terimah kasih :D

dya bunga said...

owh..nasib baik dya xguna apple..hihi