Assalamualaikum dan Hye
Kali ni aku nak kongsi sikit dengan korang semua tetang satu penyakit ni,pernah dengar 'HomeSick' ?? eh bukan rumah sakit = Hospital lah tapi penyakit rindu rumah ... baru tahu yang aku pon ada penyakit ni :3
Semua dah tahukan sekarang musim budak-budak lepasan SPM sambung belajar ada pergi Matrik,Poli,IPTA,IPTS dan ada jugak yang sambung Pra-U.Mesti ada yang terindukan rumah bila duduk di asrama tu.Aku?? hehe entry akan datang aku cerita ke mana kah aku
Di bawah ni ada lah sikit tips yang korang boleh buat ubat untuk penyakit korang tu .... psst aku tanya senior UiTM woo
> Rajin-rajin lah diri untuk menegur sapa dan bersembang dengan kawan sebilik.Nampak mudah tapi mungkin boleh lupakan seketika fikiran korang kepada rumah tu
> Berjalan meneroka tempat pengajian korang seperti melawat bilik rakan yang lain
> Baca buku atau komik sampai korang leka :)
> Kalau rindu sangat sangat hubungilah keluarga korang jangan pendam
> Bawak benda yang korang tak boleh lupakan dan tak boleh hidup tanpanya macam teddy bear,bantal bucuk :3
> set ke dalam minda korang yang mulai hari ini asrama tu sudah jadi rumah ke dua korang
> cuba jadikan suasana bilik korang seronok macam selalu sembang dengan kawan sebilik
yang tu sahaja ubatnya,kalau tak menjadi jugak sabarlah peyakit ni kejap saja.Aku pon biasa jadi tapi tak sampai nangis yaa haha.
SELAMAT MAJU JAYA UNTUK SEMUA
Like sikit jom