teka-teki

hye

Kali ini saja nak kongsi teka-teki yang lucu.Boleh digunakan untuk menguji kawan-kawan anda.Semoga bergembira

1- Apakah lantai basah dalam bahasa cina?
     - li Chin


2- Haiwan apakah nama nya hanya menggunkan dua huruf sahaja?
     - Udang [ U dan G ]


3- Apa dia 'Jauh dimata dekat dihati'?
     - usus


4- Nak cari sikit punya susah,bila dah dapat dibuang?
     - taik hidung


5- kenapa pokok kelapa belakang rumah kena tebang?
     - kena tebang lah tak kan nak hiris pulak


6- Huruf apakah yang mahal pada BMW?
     - W lah cuba tukarkan huruf W kepada X kan jadi BMX,BMX denan BMW sapa mahal lagi


7- Banyak-banyak mi,mi apa yang tak boleh dimakan?
     - misai


8- Ada orang ni nak naik bas. Dia ada 50 sen jer.Tambang bas ke Tempat dia na pegi tu 60 sen.Camne dia   nak pegi tempat tu?
      - Dia buat muka 10sen,50 sen+10sen kan 60sen


9- Emak Si Katun ada 5 anak. Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu. Yang ke 5 siapa?
      - Si katunlah


10- Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan?
      - telur lah


11- Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai?
       - buah kerana dia berada atas perahu,pisang emas kerana di bawa belayar dan buah cempedak sebab berada diluar pagar                                 


12- Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?
      - Lampu jiran [ cuba buat ]
Like sikit jom

No comments: